Rabu, 22 Jun 2016
Sejarah Balik Pulau
Pekan Kongsi #infopulaupinang
Nama Pekan Kongsi berasal dari nama rumah panjang yang dipanggil "Kongsi" dan didiami oleh buruh-buruh Cina di kebun -kebun cengkih, buah pala dan getah di bukit-bukit. Seorang saudagar, Koh Seang Tat, telah menghadiahkan batu peringatan yang terletak di tengah-tengah pekan mengikut perjanjian, ia tidak boleh diubah ke mana-mana lagi. Batu tersebut dibina dalam tahun 1882. Sebidang tanah telah diwakafkan sebagai tanah perkuburan oleh pemiliknya yang juga berasal dari Satul tetapi tidak diperuntukkan kepada orang ramai. Sebaliknya, hanya orang-orang tertentu yang mempunyai pertalian dengan tuan tanah sahaja yang diizinkan.Latar Belakang Pekan Balik Pulau
Pekan ini dipisahkan oleh bukit bakau dengan Bandaraya George Town. Ia adalah mudah diakses dari jalan utama iaitu Jalan Sungai Pinang, Jalan Balik Pulau & Jalan Tunku Saadun. Balik Pulau dikelilingi oleh ladang buah pala, cengkih getah, serta dusun durian, cempedak, rambutan dan lain- lain lagi. Pekan Balik Pulau telah menjadi kawasan tumpuan utama kepada peniaga buah-buahan dan pengunjung untuk menikmati hasil dusun. Pekan Balik Pulau juga merupakan kawasan pusat perniagaan bagi menampung keperluan harian penduduk di bahagian Barat Daya Pulau Pinang. Bagi pelancong pula, Pekan Balik Pulau merupakan tempat persinggahan apabila mereka memandu mengelilingi seluruh kawasan Pulau Pinang. Pekan ini mempunyai persekitaran yang indah serta damai kerana jauh daripada kebisingan kota. Mereka yang mengunjungi Pekan ini pasti akan terpesona dengan suasananya. Sejarah Balik Pulau
Merupakan kawasan yang termaju di Kawasan Barat. Nama Balik Pulau adalah sempena dengan perletakan kawasan ini, iaitu di sebalik Pulau Pinang. Dari segi sejarah, Balik Pulau adalah kawasan yang paling awal dibangunkan di Kawasan Barat. Pekan Balik Pulau pula merupakan kawasan utama pusat perniagaan di Balik Pulau dan juga Kawasan Barat. Asal- usul sejarah Balik Pulau menunjukkan bahawa penduduk asal Balik Pulau terdiri daripada penghijrah- penghijrah Melayu dari negeri Kedah. Pada tahun 1821, Siam telah menyerang Kedah dan mentadbirnya selama 22 tahun. Penjajahan ini telah membawa kepada banyak kerosakan dan menyebabkan kesengsaraan kepada penduduk di negeri itu, mengakibatkan penduduknya menghijrah keluar untuk mencari kehidupan baru.
Sesetengah daripada penghijrah- penghijrah ini telah meneroka tanah Balik Pulau dan mendirikan perkampungan Melayu yang menjalankan aktiviti pertanian. Lama- kelamaan, persekitaran yang sesuai untuk bercucuk tanam menyebabkan Balik Pulau terkenal sebagai kawasan pertanian terutamanya buah- buahan tempatan. Perkembangan ini telah menggalakkan penghijrahan penduduk luar datang untuk berurusniaga ataupun menjalankan kegiatan pertanian. Golongan ini kebanyakannya merupakan peniaga atau buruh- buruh Cina yang bekerja di ladang- ladang getah, buah cengkih dan buah pala.
Ketua kaum Cina yang paling berpengaruh di Balik Pulau adalah Koh Seang Tat, seorang pemilik estet ladang. Pada 1882. Beliau telah membina monumen air pancutan di bulatan persimpangan masuk ke pekan ini, dan kini masih merupakan mercu tanda utama untuk Pekan Balik Pulau.
Pada tahun 1854, Gereja Roman Katolik, Holy Name of Jesus dibina di sini sebagai tanggungan Kariah Pulau Tikus. Paderi- paderi gereja inilah yang telah menubuhkan sekolah- sekolah St. George dan Sacred Heart di Balik Pulau. Pada masa itu juga, banyak rumah kedai dibina.
Sumber:https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1748841295353348&substory_index=0&id=1422465924657555
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan