Khamis, 3 September 2015

Seorang AJK PIBG SKSK terlibat kemalangan maut Jalanraya

Pihak Sekolah Kebangsaan Sungai Korok mengucapkan takziah kepada ahli keluarga seorang AJK PIBG SKSK iaitu En. Sabri Ali yang ditimpa kemalangan jalanraya pada Rabu 2/09/2015.
En.Sabri Ali seorang yang begitu komited dalam usaha membangunkan pendidikan anak-anak di Sekolah Kebangsaan Sungai Korok. Arwah selalu terlibat dalam program-program yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Beliau merupakan ayah kepada seorang pelajar di SKSK iaitu Saffi Alia Binti Sabri.

Pihak sekolah begitu terkejut seusai menerima kabar sedih mengenai pemergiannya. Oleh yang demikian, setelah selesai waktu sekolah, semua guru-guru dan staff telah membuat lawatan ke rumah En.Sabri Ali yang terletak di Kampung Sungai Burong. Selain itu, kutipan derma kilat juga telah dilancarkan bagi meringankan beban keluarga arwah. Pemergian En.Sabri Ali amat dirasai oleh pihak sekolah. 

Arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam Kampung Perlis, Balik Pulau, Pulau Pinang. Semoga Arwah tenang disana dan mengalir pahala yang berterusan hasil amal kebajikan yang dilakukan sewaktu beliau masih hidup. Amin.

Berita : http://www.hmetro.com.my/node/74728?m=1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan